Write For Us

Persilakan hina saya, luah MB Perak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempersoalkan tindakan seorang ADUN DAP yang mengkritiknya mengutip sampah di beberapa kawasan sekitar negeri itu dan menuduhnya bermain politik.
Menurut Zambry, tindakan ADUN DAP-Tronoh, Yong Choo Kiong yang memperkecilkan usahanya dengan kenyataan tidak beradab di sidang DUN Perak pada Rabu lalu adalah dialu-alukan.
Kata Zambry, beliau mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana peka dan sensitif terhadap tindakannya mengutip sampah.
“DAP, persilakan hina saya dalam kutip sampah. Saya alu-alukan mereka kerana hina saya kutip sampah. Satu promosi yang baik untuk saya.
“Saya ingin bertanya kepada mereka, kenapa begitu takut saya kutip sampah?
"Kalau dia buat, bukan politik. Kalau MB buat, politik. Apa beza antara dia dan saya? Tidak ada beza. Kita semua ahli politik, semua mempunyai parti politik tersendiri,” katanya dalam sidang media di sidang DUN pada Rabu.
Sidang DUN Perak pada Rabu hampir kecoh apabila Yong mengkritik tindakan Zambry melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap bersama pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Februari lalu.
Walaupun memuji tindakan Zambry, kata Yong, peranan utama sebagai menteri besar adalah menjaga dan mengurus tadbir ekonomi negeri dengan baik dan bukannya mengutip sampah.
Pada 2 Februari lalu, Zambry membuat kejutan apabila turut menyertai pekerja am MBI melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap.
Dengan mengenakan pakaian dan topi pekerja perkhidmatan am MBI, Zambry hadir kira-kira jam 6.50 pagi sebelum menyertai enam kakitangan MBI menaiki lori sampah dan mengutip sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Ipoh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment