Write For Us

"Orang kata saya macai parti politik," luah bos SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah tidak mempunyai sebarang masalah mahupun berkecil hati terhadap pengkritiknya termasuk mereka yang melabelkannya sebagai ‘macai’ sebuah parti politik.
Hashim, yang dilantik memegang jawatan ketua SPR pada Januari 2016, seringkali menjadi bidasan atas dakwaan kurang bebas dan telus khususnya berhubung proses persempadanan semula SPR dan dakwaan pengundi hantu.
“Jangan tohmahkan, tuduh kita, jangan kata kita macam-macam sedangkan saya takkan terasa sebab proces pembangunan itu dah saya lalui, proces tidak mudah, tak jadi masalah.
“Saya tak ada masalah, saya tak kecil hati , orag kata saya macai satu parti politik pun, tak ada masalah bagi saya, katalah nak kata apa,” kata Hashim pada sidang media selepas sesi dialog dengan pelajar dari sebuah kolej komuniti di Selangor.
Hashim berkata media, terutamanya portal berita Malaysiakini, boleh menulis apa sahaja mengenai dirinya.
“Malaysiakini ada, okay, awak nak tulis apa pun tulislah, tak ada masalah kepada saya.
“Tak ada masalah, tulislah, awak nak tulis apa pun paling kurangnya orang yang ada di sini tadi dia faham apa yag terkandung,” katanya.
Menggunakan analogi sebuah perlawanan bola sepak, Hashim berkata matlamatnya adalah untuk menang walaupun pemain mengalami kecederaan.
“Bila awak pegang sesuatu jawatan awak kena faham, keadaan itu adalah sedemikian, bila awak main bola awak kena faham bahawa sasaran adalah untuk menjaringkan gol.
“Bagaimana kamu menjaringkan gol, terpulang kepada kamu, walaupun kamu kena tackle, patah kaki, patah sayap, patah segala-gala pun, itu adalah permainan, kamu tak boleh nak marah
“Jangan marah referee, jangan marah linesman, jangan marah kepada pemain-pemain lain, itu permainannya, kemudian baru kamu akan menjadi kuat,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment