Write For Us

TRW mungkin tak lagi wujud dalam Liga M, luah Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membayangkan pasukan The Red Warriors, yang dilabelnya pasukan miskin, mungkin tiada tempat lagi di Liga Super di bawah peraturan dan cara sekarang.
Dalam status di Facebooknya, beliau meluahkan kesedihan dengan masalah kewangan yang dialami pengurusan pasukan itu dalam mengenang nasib yang menimpa skuad The Red Warriors.
Terdahulu, Kelantan adalah antara empat pasukan yang dihukum FMLLP kerana gagal melengkapkan proses pendaftaran seperti yang ditetapkan.
Kafa didapati gagal mengemukakan surat penyelesaian bayaran tunggakan kepada pemain dan pengurusan pasukan Kelantan sebelum 2017.
Akibatnya kesemua pasukan itu dikenakan denda pemotongan enam mata.
Tiga pasukan lain yang mengalami nasib sama ialah T-Team, Perlis dan ATM.
Selain itu, Kafa juga dilarang mendaftar pemain baru sepanjang tempoh pendaftaran kedua tidak lama lagi jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini.
Annuar sebelum ini menyifatkan tindakan pemotongan mata itu bersifat ugutan dan bukannya membantu pasukan yang bertanding.
Beliau kini menyatakan skuad TRW terus ditekan dari pelbagai sudut, termasuk melibatkan 'godaan' daripada pasukan lain yang cuba memancing pemain mereka.
Katanya, The Red Warriors mungkin tidak lagi wujud dalam liga Malaysia tidak lama lagi.
Pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu kini berada di tangga ketujuh dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 12 perlawanan dengan enam kemenangan, satu seri dan lima kekalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment