Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menegaskan tidak akan menyertai himpunan membantah Icerd kerana beliau berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meratifikasi konvensyen itu.
"Saya tidak akan hadir. Saya fokus dengan apa yang saya mahu daripada kerajaan, iaitu menarik semula keputusan untuk meratifikasi, dan mereka sudah melakukan ini. Saya puas hati.
"Kalau kita tidak boleh percaya perdana menteri, siapa lagi yang kita boleh percaya?" katanya pada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Nazri yang merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas menjelaskan ia merupakan pendirian peribadinya.
Rali anti-Icerd pada hari Sabtu telah mendapat sokongan dari kedua-dua pemimpin Umno dan PAS.
Pada mulanya himpunan itu dirancang sebagai protes untuk menekan kerajaan supaya tidak meratifikasi Icerd, namun perhimpunan itu sebaliknya bertukar kepada himpunan "syukur" apabila Putrajaya membuat keputusan tidak akan meratifikasi Icerd.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment