Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menasihatkan anak bekas Mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Abdul Aziz untuk berhijrah ke parti lain sekiranya tidak ada lagi rasa percaya kepada parti Islam itu.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya apakah ada saranan atau nasihat yang akan diberikan kepada Nik Omar ekoran kenyataan beliau sebelum ini yang dilihat tidak berpihak kepada PAS.
Nik Omar sebelum ini diuar-uarkan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Memetik BH Online, Nik Omar berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) berpeluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
Justeru katanya, kerajaan PAS Kelantan perlu menyedari kelemahan pentadbiran mereka bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
Nik Omar bagaimanapun tidak mengulas lanjut kelemahan PAS Kelantan yang dimaksudkan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment