Write For Us

'Kalau tak boleh dapat Proton, saya ada idea lain'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, mungkin ada rancangan untuk memulakan sebuah syarikat automotif baru yang serupa dengan pengeluar kereta Proton Holdings, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"... jika saya tidak boleh dapat (balik) Proton, saya mempunyai idea tentang memulakan (syarikat) automotif lain, dengan mengambil kira sudah tentunya, idea untuk membina sebuah kereta nasional bukan semata-mata untuk mempunyai kereta nasional, tetapi sebagai pemangkin untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan kejuruteraan kita," katanya dalam satu forum mengenai pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Beliau menjawab soalan seorang hadirin tentang sama ada beliau akan mengambil balik 49.9 peratus pegangan saham Proton yang dijual kepada Zhejiang Geely Holding Group China jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Proton dilhamkan oleh Mahathir semasa pentadbirannya selama 22 tahun, dan beliau sebelum ini mengkritik penjualan itu kepada Geely itu.
Manakala kerajaan berkata langkah itu perlu sebagai satu cara untuk memulihkan Proton.
Mahathir juga mempertahankan Proton semasa forum itu, dengan mengatakan bahawa beliau sedih dengan apa yang berlaku kepada syarikat tersebut.
"Kereta Proton di pasaran hari ini mempunyai semua ciri kereta yang datang dari negara lain.
"Satu-satunya perkara yang tidak ada ialah ia tidak mematuhi (piawaian Euro 5 atau Euro 6, yang mana kita boleh jika kita bersedia membayar harganya," kata Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment