Write For Us

'Kalau saya perompak, kenapa tinggal RM174 bilion dalam Petronas?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan jumlah rizab tunai Petronas yang ditinggalkan pentadbirannya bagi menjawab pihak yang menuduhnya perompak.
"Kalau saya perompak (macam) mana duit tunai Petronas tinggal RM174 bilion," katanya pada majlis ceramah di Sendayan, Negeri Sembilan malam tadi.
Najib kini menghadapi 42 pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.
Perbicaraan ke atas tujuh pertuduhan yang membabitkan SRC International, telah bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu.
Najib tidak bercakap mengenai perbicaraannya pada ceramah malam tadi, yang dihadiri kira-kira 250 orang.
Ucapan bekas presiden Umno, yang merupakan sebahagian kempen BN untuk PRK Rantau, sebaliknya memberi tumpuan mengkritik kerajaan PH termasuk mendakwa mengambil RM82 bilion daripada Petronas.
Petronas akan mengeluarkan dividen khas sebanyak RM30 bilion pada 2019 sebagai tambahan kepada dividen tahunan yang dibayar kepada kerajaan. Ini bertujuan untuk meringankan beban kerajaan membayar balik RM37 bilion dalam pembayaran balik GST.
Najib berkata tahun lepas beliau hanya mengambil "RM17 bilion" saja dalam dividen (sebenarnya RM19 bilion) daripada Petronas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment