Write For Us

'Kalau tuan punya tempat tak bagi, janganlah buat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar dengan arahan bahawa penganjuran perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada 27 Ogos ini di Dataran Merdeka tidak mendapat kebenaran.
“Kalau kita mengikuti laporan DBKL tidak membenarkan (penganjur guna) Dataran Merdeka, maknanya dia kena cari tempat lainlah yang mana tuan punya (tempat) bagi kebenaran.
“Walaupun tempoh masa itu dah suntuk, dia kena mohon 10 hari sebelum perhimpunan tetapi tempat yang diminta bersesuaian kita boleh pertimhangkanlah.
“Tapi kalau dah tuan punya tempat tak bagi janganlah buat. (Perkara) Ini macam rumah orang nak masuklah kalau orang tak bagi tapi kita nak masuk juga jadi akan ambil tindakan,” tegas Khalid kepada pemberita.
Malaysiakini semalam melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar untuk menganjurkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment