Write For Us

Kami akan buat laporan polis - Aiman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan polis berhubung sabotaj oleh pihak tertentu yang menggunakan nama PH untuk melakukan penipuan.
Menurut calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, beliau berharap dalam pilihan raya kali ini perlawanan haruslah dijalankan secara bersih mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Semalam Malaysiakini melaporkan ratusan penduduk berkumpul di kawasan berdekatan pasar di sebuah kampung kerana diberitahu ada pihak akan menghulurkan bantuan tunai.
Penduduk di Kampung Bahru Semenyih dijanjikan akan diberi wang tunai RM100 oleh pihak yang tidak dikenali semalam.
Ketua Kampung Bahru Semenyih, Gan Boon Chong, yang menemani calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali untuk berkempen di kawasan gerai makan dan pasar berdekatan dilabel orang kampung sebagai 'pembohong'.
"Saya dipanggil pembohong pagi ini dan saya tidak mengerti kenapa. Seorang penduduk memberitahu seseorang telah menggunakan nama saya untuk memberikan wang tunai dan sebanyak 500 salinan fotostat MyKad telah dikumpulkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Kampung Bahru Semenyih merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan pengundi Cina yang paling ramai sebanyak 83 peratus, manakala pengundi Melayu 10 peratus dan pengundi India tujuh peratus daripada 3,211 orang yang mendaftar sebagai pemilih.
Pada PRU14, dianggarkan kira-kira 83 peratus pengundi Cina di Semenyih telah mengundi calon PH.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment