Write For Us

Kami tak gentar dengan BN, buatlah laporan polis - Shafie

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal menafikan dakwaan bahawa parti Warisan yang diterajuinya telah menyekat BN daripada memasuki sebuah kampung untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Beliau mempersoalkan sekiranya calon BN, Mohamad Alamin mempunyai bukti untuk membuat tuduhan berkenaan.
"Di mana kita block, tidak kita block," katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Krismas dan Tahun Baru di Bongawan Estate hari ini.
"Kita buat (sambutan) Krismas, dia beritahu macam-macam. Buat laporan polis kalau mereka ada bukti. Kalau ada bukti beritahu kami," katanya.
Beliau berkata Warisan tidak gentar dengan kempen BN di kawasan kampung.
"Kenapa kita mesti takut dengannya? Bagi kami, ayuh berlawan secara adil," kata Shafie.
Sementara itu, calon Warisan, Karim Bujang juga menafikan bahawa penyokongnya menyekat BN berkempen di kawasan kampung.
"Saya fikir itu tak betul. Jika apa yang mereka katakan betul, polis ada untuk mereka buat laporan," katanya.
Dalam ceramah kelmarin, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Moh atau Datuk Moh, mendakwa jentera BN telah disekat daripada memasuki sebuah kampung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment