Write For Us

Kami bukan menentang syarikat China tetapi..., kata Dr M pada pelabur

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
88 Views
Published
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menjawab kebimbangan pelabur China berhubung perubahan kerajaan di Malaysia selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
Bercakap pada Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing, Mahathir berkata keputusan kerajaan Pakatan Harapan mengkaji semula projek-projek tertentu bukan bertujuan untuk menentang China, sebaliknya ia dibuat oleh kerajaan terdahulu.
"Saya jelaskan tadi apa yang Malaysia maksudkan dengan FDI (Pelaburan langsung asing). Ia mengenai orang asing yang datang bersama teknologi, untuk menyediakan kilang-kilang di Malaysia dan mengupah rakyat Malaysia untuk menghasilkan barangan.
"Tetapi apabila kerajaan Malaysia (sebelum ini) meminjam wang untuk membina infrastruktur yang tidak mampu, itu tentu tidak baik untuk Malaysia.
"Ini bukan mengenai orang China, ia adalah mengenai kerajaan Malaysia sebelum ini. Mereka meminjam sejumlah besar wang dan sekarang kita mempunyai masalah untuk cuba membayar balik wang yang mereka pinjam.
"Itu bukan FDI, tetapi rakyat Malaysia yang bermain-main dengan wang tanpa melakukan kajian kebolehlaksanaan dan usaha yang sepatutnya," katanya.
Mahathir menjawab soalan mengenai kebimbangan berhubung langkah pentadbiran HARAPAN mengkaji beberapa projek dan sama ada pelaburan China masih dialu-alukan di Malaysia.
Laporan Eksklusif KiniTV/ Malaysiakini: Vivian Yap dan Norman Goh dari China
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment