Write For Us

'Ini yang terbaik kami cuba lakukan tetapi ini bukan pengakhiran'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata keputusan kabinet memutuskan bahawa potongan gaji mandatori sebanyak dua peratus akan dibuat sebaik gaji peminjam PTPTN mencecah RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini adalah keputusan yang terbaik dapat dicapai berdasarkan keadaan kewangan negara ketika ini.
Menurut Maszlee, Pakatan Harapan masih berusaha untuk menunaikan janji dalam manifesto mereka yang menyatakan tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mencapai pendapatan bulanan RM4,000 sebulan tetapi perlu melihat situasi kewangan negara terlebih dahulu dan ia akan dilihat dari masa ke semasa.
Pada pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula.
Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Teoh Nie Ching ketika menjawab soalan dari Wong Kah Woh (PH DAP-Ipoh Timur) di Parlimen berkata Kabinet memutuskan bahawa potongan gaji mandatori sebanyak dua peratus akan dibuat sebaik gaji peminjam PTPTN mencecah RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini.
Keputusan itu susulan kajian semula kabinet pada 23 November lalu yang juga memutuskan potongan itu pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment