Write For Us

"Saya akan lakukan yang terbaik," kata Ketua Hakim Negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
200 Views
Published
Dalam usia mencecah 66 tahun pada Februari lalu, Tan Sri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara sepatutnya bersara dua bulan lepas.
Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan selama enam bulan selepas umur persaraan wajib.
Ini bermakna Md Raus hanya akan berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara sehingga Ogos tahun ini.
Dalam tempoh singkat itu, Md Raus bagaimanapun berkata beliau berikrar melakukan pembaharuan dalam badan kehakiman sepertimana dilakukan Ketua Hakim Negara terdahulu, Tun Zaki Azmi dan Tun Arifin Zakaria.
"Kami semua sangat rapat dengan pengurusan, kami bekerja sebagai sebuah pasukan. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan, apa yang telah dilakukan (dan) apa yang perlu dilakukan.
"Tempoh saya adalah perkara lain. Tetapi seperti yang saya katakan, saya akan memberikan yang terbaik," katanya dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara semalam.
Seperti Md Raus, Presiden Mahkamah Rayuan yang baru dilantik, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga akan bersara tahun ini.
Zulkefli mencecah usia 66 tahun pada bulan lalu.
Dan seperti Md Raus, Zulkefli menegaskan bahawa mereka adalah "sebahagian daripada sebuah pasukan".
"Oleh itu, kami hanya meneruskan apa yang ditinggalkan. Kami tahu cara kerja dan misi," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Arifin agar umur persaraan bagi hakim dinaikkan kepada 70 tahun, Md Raus berkata:
"Kami menyokong itu. Tetapi itu terpulang kepada kerajaan."
Untuk memanjangkan tempoh hakim, ia memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan majoriti dua pertiga.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment