Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria berkata, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) telah dimaklumkan berhubung kemungkinan calon penggantinya apabila dirinya bersara.
Beliau berkata, calon berkenaan sudah dikenal-pasti dan pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai.
"Saya tidak boleh beritahu kerana ia adalah pelanggaran kerahsiaan. Tetapi cadangan sudah dikemukakan kepada JAC," kata Hakim Arifin selepas sebuah majlis di Putrajaya, hari ini.
Beliau ditanya mengenai rancangan peralihan berikutan laporan empat bulan lalu bahawa tiga hakim kanan termasuk dirinya diberi lanjutan perkhidmatan selama enam bulan lagi.
Hakim wajib bersara apabila mencapai umur 66 tetapi pada tempoh perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan oleh Yang di Pertuan Agong.
Hakim Arifin akan mencecah usia 66 tahun pada 1 Oktober dan dengan lanjutan enam bulan, hari terakhirnya kini adalah 30 Mac, 2017.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment