Write For Us

Ketua Hakim Negara berterima kasih kepada Apandi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berterima kasih kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kerana mempengaruhinya untuk mengambil jurusan undang-undang.
Ekoran itu, Arifin melahirkan rasa terhutang budi dengan Apandi yang telah dikenalinya sejak di zaman persekolahan mereka di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu, Kelantan.
"Beliau (Apandi) merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting ketika saya mengubah kursus saya daripada pengajian sains politik kepada undang-undang.
"Saya menyedari bahawa ia sememangnya nasihat yang tepat. Ini berlaku semasa saya tiba di London. Saya banyak terhutang budi kepada Apandi," kata Arifin.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku kompilasi penghakiman Apandi yang bertajuk 'Fiat Justitia' di ibu negara.
Afirin turut memberitahu bahawa Apandi merupakan seorang yang berpegang teguh ketika melaksanakan kerja kehakimannya ketika menjadi pesuruhjaya kehakiman, hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment