Tiga kakitangan Harakahdaily yang direman dua hari atas dakwaan menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam kelmarin mendakwa laporan polis yang dibuat ke atas mereka sebagai "tidak menggambarkan kejadian sebenar."
Seorang daripada mereka, Suffi Kamari, berkata mereka diundang wakil NGO Ummah, Mohd Zai Mustafa, bagi menghadiri pertemuan di antara penduduk Kampung Sungai Sireh di Klang bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkaitan isu pengambilan tanah untuk projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Tambah Suffi dia sudah memaklumkan tujuannya datang kepada pegawai bertugas dan dibenarkan memasuki premis terbabit, malah dalam pertemuan tersebut beliau sempat bersalaman dengan Amirudin tanpa sebarang provokasi.
Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=306575592381321

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment