Write For Us

"Kami dipukul setiap kali berlaku kemalangan seperti penjenayah"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Seorang pemandu lori, Khairi Ali tampil menjelaskan bahawa sebelum ini pemandu lori memang sering dipukul oleh orang ramai jika berlaku sesuatu kemalangan dan salah faham.
Selain itu, menurut Khairi pemandu lori memang dipandang rendah di Malaysia jika dibandingkan dengan pemandu lori di luar negara.
Khairi antara tiga orang yang dipanggil polis untuk merakam kenyataannya bersama Nasrul Faiz mangsa pukul dan juga Presiden NGO IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah.
Dalam kejadian yang menyebabkan rakaman serangan itu menjadi tular, Nasrul Faiz mengalami pelbagai kecederaan termasuk yang memerlukannya menerima 13 jahitan di leher.
Susulan dari kejadian yang menimpa Nasrul, kira-kira 200 drebar lori berhimpun di Plaza Tol Sungai Besi sebagai tanda solidariti.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana berhimpun.
Dalam kejadian yang menyebabkan rakaman serangan itu menjadi tular, Nasrul Faiz mengalami pelbagai kecederaan termasuk yang memerlukannya menerima 13 jahitan di leher.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment