Write For Us

'Setiap berlaku ada hikmah...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesuatu kaum majoriti di mana-mana negara adalah pihak yang sepatutnya dilantik menjadi pemerintah.
Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika mengulas tentang isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad oleh beberapa individu baru-baru ini.
Pelantikan pemimpin daripada kaum majoriti, katanya, bukanlah sesuatu yang rasis, sebaliknya bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad tentang arahan untuk melantik kaum Quraisy menjadi pemimpn di Mekah.
“Kita kena faham apabila Nabi (Muhammad) sebut dalam hadis sahih: Lantiklah pemimpin kamu daripada bangsa Quraisy, apakah nabi rasis?
“Ibnu Khaldun dan ulama-ulama menjelaskan maksud daripada (hadis) nabi ini bukan maksud yang literal.
“Maksud di sebaliknya - lantik pemimpin yang majoriti bagi sebuah negara menjadi ketua mereka. Itu maksudnya,” katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment