Write For Us

Kata dua untuk Maszlee: 'Kami beri 7 hari letak jawatan atau...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Aktivis mahasiswa telah memberikan tempoh tujuh hari kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tarikh akhir itu diberikan berikutan mesyuarat tertutup antara Maszlee dan mahasiswa berkenaan di Restoran Amjal, di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur petang semalam.
Mereka menuntut menteri meletak jawatan serta-merta yang mana Maszlee enggan berbuat demikian.
Asheeq Ali Sethi Alivi, yang mengetuai sekumpulan 10 orang penuntut universiti menyatakan rasa kesal dengan pertemuan selama dua jam itu.
Asheeq berkata menteri pendidikan memberikan alasan tidak wajar untuk kekal sebagai presiden UIAM seperti "membuat perubahan dari dalam."
Mahasiswa berkenaan berkeras universiti awam patut bebas daripada lantikan politik.
Sementara itu, dalam reaksinya selepas perjumpaan itu Maszlee menjelaskan pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM datangnya daripada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagaimana nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment