Write For Us

Maszlee letak jawatan bukan kerana buat banyak kesalahan - PM

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
68 Views
Published
Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri menjelaskan, sepanjang memegang jawatan, Maszlee juga melakukan perkara baik namun beliau menasihati Ahli Parlimen Simpang Renggam itu supaya berundur daripada Kabinet.
Tun Mahathir berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya pada Selasa 7 Januari.
Terdahulu ketika mengumumkan peletakan jawatan, Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.
Maszlee berkata, dalam tempoh 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan dengan pelbagai pencapaian, malangnya ia tidak dijadikan tajuk utama tetapi tajuk yang sensasi lebih mewarnai media massa.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment