Write For Us

Kebenaran akan menjelma, luah Zakaria di Twitter

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat itu.
Namun, Zakaria meluahkan dengan menulis di Twitternya.
"Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah FELDA dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.
"Kepada rakan sekerja FGV dan warga FELDA, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua," katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lalu.
Isa mengumumkan penggantungan Zakaria semalam, dengan mengaitkannya dengan penyiasatan terhadap pembayaran oleh sebuah anak syarikat FGV.
Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak gesaan pengerusi FGV itu supaya meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.
Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu diluluskan oleh pendahulunya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment