Write For Us

Kebenaran prosiding komital Peguam Negara diketepikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, 28 Januari mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini yang membenarkan bapa ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memulakan prosiding perintah komital terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Permohonan perintah komital itu difailkan Mohd Kassim Abdul Hamid kerana mendakwa Peguam Negara menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya.
Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid ketika membacakan rumusan penghakiman menyatakan terhadap beberapa ketidakpatuhan dalam permohonan komital yang difailkan pihak responden di Mahkamah Koroner.
Beliau berkata Koroner terkhilaf ketika membuat keputusan itu apabila mengambil kira perkara yang melebihi kenyataan dan afidavit yang menentusahkan fakta.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment