Write For Us

Prosiding komital: Mahkamah tolak permohonan Lokman ketepikan kebenaran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa 14 Januari menolak permohonan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, bagi mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.
Prosiding komital itu susulan Lokman didakwa mengugut saksi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saksi terbabit ialah Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, iaitu bekas Pegawai Khas Najib yang merupakan seorang daripada saksi penting dalam kes berkenaan.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili Lokman dan Timbalan Pendakwa Raya.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment