Write For Us

Mahkamah tolak permohonan pengikut 'Imam Mahdi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak cabaran kehakiman oleh empat warga Indonesia yang didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tahun lepas kerana menjadi pengikut Zubir Amir, yang mereka percaya sebagai Imam Mahdi.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan kebenaran mereka untuk mencabar pertuduhan tersebut. Dengan itu, kesemua mereka akan menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah.
Keputusan itu dibuat di dalam kamar.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), mahkamah menolak permohonan itu kerana isu bidang kuasa.
Beliau juga berkata mahkamah tidak boleh mencabar kuasa siasatan JAWI.
Jika pertuduhan itu adalah tidak betul, mereka boleh memfailkan tindakan persendirian melalui saman sivil, kata Shamsul.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment