Write For Us

Mahkamah tolak permohonan S'gor soal balas pengerusi SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Hashim Abdullah, sebelum meneruskan pendengaran permohonan semakan kehakiman untuk mencabar persempadanan semula.
Bagaimanapun Hakim Azizul Azmi Adnan telah membenarkan permohonan 'discovery' oleh kerajaan negeri itu dan memerintahkan SPR untuk memberikan maklumat tentang perubahan lokaliti (daerah mengundi) 136,272 pengundi yang meragukan semasa dua persempadanan semula pada tahun 2004 dan 1993.
Hakim itu berkata isu utama bagi menentukan ialah sama ada persempadanan semula itu dijalankan dengan sepatutnya kerana pengundi berkenaan tidak mempunyai alamat tetap.
Katanya, SPR berkata ia tidak mempunyai rekod alamat dan tempat tinggal seseorang itu boleh ditentukan tanpa rekod yang disimpan oleh SPR.
"Jika inkuiri itu (atau soal balas) pengerusi SPR dibenarkan, beliau tidak mempunyai alamat. Semua yang beliau ada ialah rekod lokaliti. Tujuan pemeriksaan balas tidak akan dicapai dalam pendengaran itu," kata Hakim Azizul semasa menolak permohonan pemeriksaan balas itu.
Kerajaan Selangor mahu untuk menyoal balas Hashim, berikutan kehadiran 136,272 pengundi tanpa alamat yang betul, dan ini digunakan sebagai sebahagian daripada cadangan persempadanan semula sekarang.
Ekoran keputusan mahkamah itu, kedua-dua kerajaan negeri dan SPR telah memohon penangguhan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment