Write For Us

Mahkamah Majistret Kuantan tolak permohonan reman Boy Iman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Mahkamah Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman hari ini.
Memetik Harian Metro, mahkamah juga turut menolak perintah reman ke atas dua pengarah Juta Kelulut Global Resources.
Majistret Nordiana Abd Aziz menolak permohonan reman itu yang dikemukakan polis berhubung kes penipuan penjualan rumah.
Ia adalah penolakan reman kedua selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menolak permohonan yang sama, 15 Oktober lalu.
Peguam yang mewakili semua suspek, Faizul Mohd Nasir bekrata mahkamah menolak permohonan reman itu selepas mengambil kira alasan yang dikemukannya.
Katanya, sebelum ini anak guamnya sudah direman di beberapa mahkamah dan keterangan serta fakta kes yang sama sudah diberikan, cuma yang berbeza hanyalah nama pengadu.
Jelasnya, tempoh itu dikira mencukupi bagi pihak polis untuk melengkapkan siasatan.
Faizul juga berharap kesemua anak guamnya benar-benar dibebaskan hari ini, berikutan keputusan mahkamah itu.
210 laporan polis dibuat mangsa seluruh negara terhadap suspek.
Sebelum ini, ahli perniagaan berkenaan direman di Ampang, Shah Alam, Muar, Sungai Petani dan Kubang Pasu, dan Kangar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment