Write For Us

'Kecewa tidak dapat guna akronim BERSATU, syukur parti dilulus secara rasmi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mendapat kelulusan secara rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini untuk menjadi parti politik sah di negara ini.
Kelulusan tersebut diberi oleh ROS selepas menerima penjelasan daripada PPBM akan peranan jawatan presiden dan pengerusi dalam perlembagaan parti itu.
"Tujuan kita masuk jawatan presiden dan pengerusi dalam perlembagaan parti adalah untuk mengadakan satu 'check and balance' supaya parti kita agak telus dan transparen dan segala perjalanan parti dibuat atas dasar 'check and balance'.

"Kedua, ia membolehkan parti kita dilihat sebagai parti yang mengikut kehendak rakyat," kata Muhyiddin Yassin kepada media selepas berjumpa dengan ROS.
Katanya, beliau memberikan penjelasan itu dan ROS menerima penjelasan partinya.
Katakanya juga, parti itu juga membuat pindaan sedikit kepada logo baru untuk memenuhi permintaan ROS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment