Write For Us

Kecoh...pemuda Umno terjah pejabat Eric Liew

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Pemuda Umno melakukan kejutan apabila menerjah ke pejabat pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew bagi menghantar memorandum bantahan kepada syarikat Cisco yang juga tempat dimana Eric bekerja.
Eric Liew adalah nama pengguna Facebook yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi ruangan komen media sosial berkenaan serta merupakan kakitangan syarikat tersebut.
Memorandum itu bertujuan bagi mendesak syarikat Cisco untuk mengambil tindakan tegas terhadap pekerjanya itu yang jelas sudah melanggar prinsip dan nilai perlembagaan negara.
Memorandum itu pada mulanya enggan diterima oleh wakil syarikat sehingga berlaku sedikit pertengkaran.
Namun 30 minit kemudian seorang kakitangan syarikat setuju untuk menerima memorandum itu supaya dapat meredakan suasana yang 'panas'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment