Write For Us

Kedai roti lingkup pun salahkan PM, tak masuk akal!, Najib kepada Dr M

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
81 Views
Published
Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mendakwa pembangkang mempunyai tabiat menyalahkan kerajaan atas semua kesalahan mereka sendiri.
Beliau berkata ini termasuk percubaan terbaru untuk menyalahkan kerajaan berkenaan penutupan kedai roti premium The Loaf yang didakwa oleh The Starit Times, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai saham.
"Percubaan paling aneh ialah kedai roti yang lingkup terpaksa tutup pun salahkan Perdana Menteri.
"Tak masuk akal. Tak masuk akal. Kalau lingkup perniagaan bukan salah Perdana Menteri, bukan salah kerajaan" kata Najib dengan sorakan dari ribuan pelajar dan alumni Mara yang hadir semasa perhimpunan yang diadakan di Malaysian Institute Teknologi Penerbangan (UniKL MIAT) Subang Jaya hari ini.
The Straits Times Singapura melaporkan bahawa Mahathir ketika melakukan tinjauan di Langkawi hari ini mengakui dia telah cuba menjual rantaian The Loaf yang dimulakan pada tahun 2006, tetapi calon pembeli telah menarik diri setelah dikatakan bakal pembeli itu didatangi Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment