Write For Us

'Shahidan cadang kedai runcit tukar kepada pasar raya, tak masuk akal!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
41 Views
Published
Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok membidas Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim yang sebelum ini mencadangkan kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina memohon kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menukar status kedai mereka kepada pasaraya supaya mereka boleh menjual arak.

Katanya cadangan ini tidak masuk akal langsung dan sepatutnya pihak kerajaan membatalkan garis panduan penjualan minum keras.

Pada 1 November lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina.

Penjualan arak oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja seperti terkandung dalam syarat baharu permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment