Write For Us

Kelar leher elak ditahan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Enggan diberkas polis kerana memiliki motosikal curi, seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menggelar lehernya di Bagan Jermal, Butterworth.
Kejadian berlaku pada 5 petang, Sabtu lalu ketika lelaki terbabit yang berusia 32 tahun ditahan ketika menunggang motosikal curi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, semakan pihaknya mendapati motosikal ditunggang suspek pernah dilapor hilang pada tahun ini dan suspek juga mempunyai 20 kes jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.
Dalam pada itu, polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada lelaki berusia 44 tahun di sebuah rumah di Kampung Setol pada 7 malam Sabtu lalu.
Katanya, suspek mengaku bahawa senjata buatan sendiri itu adalah miliknya dan digunakan untuk menembak binatang yang menceroboh kebun ketum miliknya.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment