Kementerian Pendidikan komited mencapai sasaran 60,000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023 menerusi Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dan inovatif dalam memastikannya berjaya dicapai menerusi penawaran pelbagai Skim Geran Penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan.
Maszlee menjawab pertanyaan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang ingin tahu sama ada kementerian meletakkan sebarang sasaran jumlah pemegang Master dan PhD yang ingin dicapai dalam tempoh beberapa tahun serta usaha ke arah menambahkan jumlah pemegang ijazah sarjana (Master) dan PhD dalam negara.
Beliau berkata melalui usaha yang telah dijalankan kementerian sebelum ini, statistik menunjukkan pada 2017, seramai 22,342 pemegang PhD warganegara dari institut pengajian tinggi telah berjaya dilahirkan.
Bagaimanapun katanya jumlah tersebut tidak termasuk pemegang PhD warganegara yang melanjutkan pengajian di luar negara.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment