Write For Us

KKM perkenal kaedah baru ganti pap smear menjelang 2023

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Kerajaan menyasarkan pemeriksaan pap smear bagi mencegah risiko kanser pangkal rahim akan digantikan dengan kaedah yang lebih selesa, menjelang 2023.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan, 60 peratus wanita tidak melakukan pemeriksaan pap smear, sejak tiga tahun lalu.

Susulan penelitian lanjut, katanya, kegagalan menjalani pemeriksaan bagi mengesan potensi kanser pangkal rahim itu sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aspek kewangan.

Beliau menjawab soalan tambahan June Leow Hsiad Hui (PKR-Hulu Selangor) langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar pemeriksaan bagi mencegah kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita di negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment