Write For Us

Acer Malaysia perkenal 4 model baru

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Acer Sales & Services Sdn Bhd (Acer Malaysia) memperkenalkan empat model dan varian baharu perantinya khusus buat pengguna yang mementingkan persekitaran profesional dan perniagaan.
Antara model dan peranti baharu iaitu Acer Veriton Z, Acer Veriton N, siri TravelMate dan Chromebook Spin 13 inci.
Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasarannya, Chan Weng Hong berkata, pasaran komersial dilihat sangat penting untuk jenama Acer kerana merangkumi lebih 40 peratus pendapatan global syarikat.

Tambahnya lagi, jenama tersebut sentiasa menawarkan komputer peribadi, komputer riba dan monitor yang boleh membantu perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan ahli korporat dalam persekitaran yang cukup kompetitif pada hari ini.
Beliau berkata demikian pada pelancaran media Acer Evolution Next semalam.
Hadir sama, Eksekutif Kanan Produk Acer Malaysia, Soo Yun Sin.
Semua empat model dan varian baru ini kini boleh didapati di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih pada harga RM2,899 dan RM3,199 bagi Acer Veriton Z; RM2,899 dan RM3,399 (Acer Veriton N); RM4,099 (Acer TravelMate X3310) dan RM3,599 (Acer Chromebook Spin 13).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment