Write For Us

MAY DAH ADA PENGGANTI MUSS, PERKENAL VOKALIS BARU, KELVIN THEIN BERKETURUNAN PERANAKAN BABA NYONYA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
43 Views
Published
Teka-teki siapakah penyanyi utama kumpulan rock legenda, May bagi menggantikan Muss selepas pengundurannya pada 2020 terjawab apabila mengumumkan jejaka berketurunan peranakan Baba Nyonya, Kelvin Thein, 29, sebagai vokalis baharu.
Mengulas lanjut pemilihan penyanyi yang berasal dari Melaka itu, pemain bass May, Yus berkata pemilihan Kelvin disebabkan bakat luar biasa dan kemampuan mencipta keserasian bersama anggota May.
"Banyak orang tanya kenapa pilih penyanyi bukan Melayu, sebaliknya pilih penyanyi Cina.
"Bagi saya, itu bukan persoalannya. Apa yang penting, Kelvin boleh menyanyi, komited, berkarisma dan mempunyai karakter.
"Kelvin juga boleh membawa lagu-lagu May mengikut kemampuannya dan dengan cara tersendiri.
"Selain itu, Kelvin juga diperkenalkan kepada kami oleh seorang legenda rock," katanya pada sidang media Konsert Lagenda Rock Vol 1 di sebuah hotel, di sini, semalam.
Selain May, konsert anjuran Mutiara Optimum Sdn Bhd itu turut menampilkan kumpulan rock era 1980an dan 1990-an seperti XPDC, Rusty Blade dan Babylon.
Dalam pada itu, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mohtar Mohd Madin menafikan kononnya pemilihan Kelvin dibuat pad saat akhir berikutan May bakal menjayakan konsert mega itu.
"Sebenarnya, Kelvin bersama kami sejak enam bulan lalu. Cuma, kami tidak berkongsi berita lebih awal.
"Kami nak rahsiakan dahulu perkara ini. Kalau boleh biarlah Kelvin sudah benar-benar bersedia, selain perancangan merakamkan single dan tampil dalam konsert besar.
"Jadi, kami rasa sekarang adalah masa tepat untuk mengumumkan berita ini kepada peminat May," jelasnya.
Sementara itu, Kelvin mengakui, pendedahan terhadap muzik rock terutama lagu kumpulan May ketika masih kanak-kanak menyebabkannya berminat menyertai kumpulan itu.
"Bapa saya juga mempunyai latar belakang dalam bidang muzik. Biasanya, bapa akan putarkan lagu rock ketika memandu dan dari situ, saya mula mengenali lagu May seperti Sendiri.
"Saya menghormati anggota May kerana mereka sangat baik. Saya harap dapat membuat persembahan terbaik pada konsert itu nanti," kata bekas pelajar jurusan muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) ini.
Meskipun terdapat jurang dari segi usia, namun perkara itu bukanlah satu halangan untuk Kelvin mencipta keserasian bersama band otai itu.
"Sejak sesi uji bakat lagi, saya sudah rasa selesa dengan anggota May, sekali gus menjadikan semua berjalan lancar.
"Sekarang, sudah 50 peratus lagu May saya sudah hafal," katanya yang turut mendapat sokongan padu daripada keluarga berhubung minatnya itu.
Konsert Lagenda Rock Vol 1 akan berlangsung di di Megastar Arena Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai depan.
Maklumat pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web, www.myticket.asia.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment