Write For Us

Kenali keunikan sukan lasak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Bertubuh kecil molek namun semangat dan jiwanya sungguh besar. Memilih sukan lasak sebagai terapi menghilangkan tekanan sejak lima tahun lalu menjadikan gadis manis ini individu yang sangat positif dalam menghadapi cabaran hidup.
Mengakui tekanan harian menjadi punca utama dirinya mencari sesuatu yang boleh membawa kepada kegembiraan sebelum mula memberanikan diri mendekati aktiviti mendaki.
Sama seperti individu lain, anak kelahiran Ipoh, Perak, Aimi Syazwani Abdul Malek ini tidak terkecuali daripada perasaan gayat dan takut namun kini boleh berbangga kerana dia pula yang membantu ramai belia lain untuk turut sama menceburi sukan lasak.
Membuka cerita mengenai minatnya itu, Aimi Syazwani berkata, dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti lasak berkenaan lima tahun lalu - yang didekati dengan perasaan gementar.
Menurutnya, bermula daripada itu, dia yang mengakui tidak dapat lari daripada mengalami tekanan kerana rutin harian yang padat semakin teruja untuk lebih aktif dalam aktiviti mendaki.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment