Write For Us

Kenali X70 kereta SUV pertama Proton

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holdings Group (Proton-Geely) mencatat kemajuan apabila menampilkan kenderaan utiliti sukan pertamanya, X70.
Kereta Proton X70 berharga RM99,800 bagi pacuan dua roda (2WD) standard, RM109,800 bagi 2WD executive, RM115,800 bagi pacuan semua roda executive dan RM123,800 2WD premium.
Harga itu turut terpakai bagi Sabah dan Sarawak.
Bersempena dengan pelancaran itu, Proton turut menawarkan pakej tambah nilai yang turut termasuk alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun.
Proton juga menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34 peratus setahun bagi pembeli yang layak, waranti tanpa mengira jarak perbatuan selama lima tahun dan data internet 1gigabite sebulan selama lima tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment