Write For Us

SUV pertama Proton guna platform 'Boyue'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka dijual dalam pasaran Malaysia dalam tempoh dua tahun dan harganya tidak akan melebihi RM100,000.
Memetik laporan China Press, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, demi menarik lebih ramai pelabur asing menanam modal di Malaysia serta merealisasikan perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia dan Kawasan Perdagangan Bebas Asean, kerajaan akan mengurangkan duti eksais terhadap kereta import secara berperingkat.
Mengulas lebih lanjut, Ka Chuan berkata, mengikut cadangan awal penetapan harga SUV Proton itu ialah, dengan harga 'Boyue' di China antara 100,000 Yuan hingga 150,000 Yuan (RM67,000 hingga RM93,900) dan ditambahkan dengan perkiraan awal antara 10 hingga 20 peratus, maka itulah harga yang bakal dibeli oleh pengguna di Malaysia.
Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L turbo dan 2.0L aspirasi natural. Sebaik sahaja dilancarkan, ia terus menerima sambutan amat menggalakkan oleh rakyat tempatan. Ketika ini, ia adalah antara SUV paling laris di negara berkenaan.
Jualan keseluruhan kereta keluaran Geely di China sepanjang Mac lalu mencecah 80,000 unit.
Kata Ka Chuan, selepas DRB-Hicom Berhad memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing Proton Holdings Berhad, dijangkakan kereta Proton akan berada sekurang-kurangnya satu peratus dalam industri jualan kereta di China, selain mensasarkan jumlah jualan 3.8 juta unit setahun untuk pasaran di rantau Asean.
Beliau memuji Geely kerana menghasilkan 'Boyue' yang mempunyai ciri sambungan internet dan pengecaman suara berteknologi tinggi, sekali gus mampu meningkatkan nilai Proton dalam pasaran kereta jenis SUV.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment