Write For Us

Kenapa Faiz Subri tidak ucap dalam bahasa Melayu? Ini jawapannya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Pelbagai reaksi peminat tempatan apabila Faiz Subri tidak berucap dalam bahasa Melayu ketika menaiki pentas selepas menerima Anugerah Puskas Fifa 2016 di Zurich, awal pagi semalam.
Utusan Online melaporkan pemain Pulau Pinang itu menjelaskan, apa yang berlaku adalah di luar kawalannya.
Faiz sebelum ini pernah berkata, dia mahu berucap dalam Bahasa Melayu jika dinobat sebagai pemenang, selain memakai baju Melayu.
Bagaimanapun katanya, hasrat tersebut tidak dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Badan bola sepak dilaporkan hanya membenarkan pemain bercakap dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis kerana tidak dapat menyediakan penterjemah, terutama untuk televisyen yang disiar secara langsung di seluruh dunia.
Dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju Melayu yang agak nipis kerana keadaan cuaca di Zurich yang terlalu sejuk hingga mencecah -3 darjah Celsius.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment