Barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) diputuskan berdasarkan nama-nama yang dikemukakan oleh setiap parti komponen dan semuanya diterima sebulat suara, kata timbalan presiden gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata setiap parti - DAP, PKR, Amanah, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menamakan wakil mereka untuk berada dalam kepimpinan gabungan itu.
"Itu yang dicadangkan untuk berada dalam Majlis Presiden dan kemudiannya disenaraikan sebagai pemimpin yang diumumkan. Jadi itulah yang diputuskan.
"Bukan maknanya kalau dia (setiap parti) cadang nama ini, kami tolak. Tak ada. Semua cadangan yang datang daripada semua parti diterima 100 peratus," kata Muhyiddin kepada wartawan semalam.
Beliau bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden BERSATU dan diminta menjelaskan mengapa pemimpin DAP, Lim Kit Siang tidak tersenarai dalam pimpinan tertinggi HARAPAN.
Sejak barisan kepimpinan HARAPAN diumumkan pada 14 Julai, beberapa pemimpin BN mengkritiknya sebagai satu usaha untuk mengelirukan pengundi dengan menjadikan pemimpin Melayu dalam tiga kedudukan teratasnya, walaupun DAP dikatakan lebih dominan kerana ia memegang paling banyak kerusi Parlimen.
Sebaliknya, pemimpin DAP yang paling kanan dalam barisan itu adalah Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng selaku salah seorang daripada tiga timbalan presiden HARAPAN.
Mereka yang melakukan kritikan itu termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, pembantunya Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Kit Siang menegaskan bahawa HARAPAN tidak didominasi oleh DAP mahupun orang Melayu dan menegaskan bahawa parti-parti dalam gabungan itu mempunyai hak samarata.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden HARAPAN pula berkata gabungan itu akan terus membuat keputusan dengan persetujuan bersama.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment