Write For Us

Malaysia tiada dalam senarai larangan AS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Kedutaan AS di Malaysia mengesahkan, negara ini tidak termasuk dalam senarai larangan dibuat presiden negara itu, Donald Trump.
Jurucakap kedutaan itu memberitahu Malaysiakini, arahan eksekutif Trump adalah kekal seperti dibuatnya pada minggu lalu.
Katanya, rakyat Malaysia boleh terus berkunjung ke Amerika Syarikat dengan visa yang sah.
Sebelum ini ada portal melaporkan kononnya Malaysia kini berada dalam senarai larangan Trump untuk memasuki AS, seperti sudah dikuatkuasakan ke atas rakyat dari tujuh negara umat Islam.
Negara yang terlibat ialah Iraq, Syria, Iran, Somalia, Yaman, Libya dan Sudan.
Laporan itu - yang kini ditarik balik - memetik catatan wartawan negara itu, Jack Smith di Twitter.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment