Write For Us

'Keputusan Najib labur KWSP bertentangan peraturan kementerian'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat, bertentangan dengan peraturan kementeriannya sendiri.
"Apa yang beliau tidak sedar ialah pengumuman itu bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kewangan yang menghadkan pelaburan luar negara KWSP kepada 30 peratus sahaja daripada jumlah pelaburan keseluruhan," kata Rafizi dalam satu sidang media yang dipancarkan secara live menerusi Facebook Invoke Malaysia.
Katanya menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, KWSP hampir mencapai had maksima 30 peratus pelaburan luar negara yang ditetapkan kementerian kewangan setakat Februari 2017.
KWSP juga dilaporkan mendedahkan bahawa pelaburan di luar negara menyumbang 29 peratus daripada jumlah aset pelaburannya.
"Apa yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan yang bukan sahaja tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya (dalam mendapatkan status QFPF bagi pihak KWSP), tetapi mengumumkan kepada dunia pelaburan tambahan KWSP di Amerika Syarikat yang melanggar peraturan yang ditetapkan kementerian beliau sendiri," kata Rafizi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment