Tindakan polis menggunakan mahkamah bagi menyekat persidangan isu tulisan jawi di sebuah kolej di Kajang, Khamis lalu, tidak selari dengan dasar Malaysia Baharu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya kecewa dengan polis yang tidak bertindak adil apabila menghalang penganjuran persidangan terbabit.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya percaya kebebasan bersuara adalah seiring dengan semangat Malaysia Baharu, maka tiada sebab persidangan anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dihalang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Festival LIFT Putrajaya 2019 pada Isnin, 30 Disember.
Guan Eng berkata, perkara itu dijadikan isu yang kononnya merunsingkan negara oleh pihak yang memutarbelitkan fakta dan dimainkan pihak tertentu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment