Write For Us

Keputusan pencarian MH370 minggu depan - Liow

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Kerajaan kini dalam fasa terakhir rundingan sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat yang berminat dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir empat tahun lepas.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan minggu depan.
Beliau mengulas laporan portal berita antarabangsa yang mendakwa pencarian MH370 akan bersambung selepas dihentikan Januari tahun lepas dan kerajaan Malaysia telah mengenal pasti sebuah syarikat pencarian dari Amerika Syarikat bagi mengetuai misi itu.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Pencarian pesawat Boeing 777 itu yang dilakukan di selatan Lautan Hindi dihentikan pada Januari 2017 setelah ia gagal ditemui.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment