Operasi mencari MH370 akan diteruskan selepas kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat peneroka dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ocean Infinity Limited sudah mulakan misi untuk meneroka kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan terakhir pesawat itu dikesan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pada April tahun lepas.
Perjanjian Malaysia bersama syarikat itu berlandaskan prinsip “no cure-no fee” yang bermakna syarikat itu hanya dibayar sekiranya mereka menemui lokasi serpihan pesawat atau perakam suara kokpit pesawat dalam tempoh 90 hari.
Jika syarikat itu berjaya menemui sebarang serpihan, mereka akan dibayar sekitar RM82 juta untuk serpihan yang ditemui dalam jarak 5,000 kilometer persegi, RM122 juta untuk kawasan pencarian kedua berjarak 10,000 kilometer persegi dan RM204 juta untuk kawasan pencarian ketiga berjarak 10,000 kilometer persegi.
Perjanjian itu ditandatangi oleh Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity Limited, Oliver Plunkett dan disaksikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment