Write For Us

Kerajaan tak bentang RUU355

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi BN malam ini memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
Menurut perdana menteri, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
"Dewan Tertinggi BN malam ini membincangkan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.
"Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan (kedudukannya)," kata Najib pada sidang media di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur malam tadi.
Mengulas lanjut, Najib berkata, ketika ini terserah kepada Pandikar sama ada akan membenarkan rang undang-undang Abdul Hadi itu dibentangkan di Dewan Rakyat atau tidak.
"Kalau speaker memutuskan untuk membenarkan (ia dibentangkan), maka ia akan dibentangkan. Begitu juga dengan keputusan peraturan rang undang-undang tersebut," kata Najib.
Ditanya adakah ketetapan diambil itu bermaksud ahli parlimen BN tidak menyokong rang undang-undang itu apabila ia dibentangkan atau mereka boleh mengundinya, Najib sekali lagi berkata, ia bergantung kepada peraturan speaker.
"Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan speaker untuk memutuskannya," kata Najib.
Mengenai Umno dilihat cenderung kepada cadangan tersebut, Najib menafikannya.
"Tidak, kita semua percaya mengenai semangat dasar konsensus. Begitulah cara BN," tegas Najib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment