Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambil alih sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat (SAR) kerana ia di bawah bidang kuasa negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan perlu menghormati bidang kuasa jabatan agama Islam dan majlis agama Islam setiap negeri.
Katanya lagi, apa yang boleh dilakukan kerajaan adalah mewujudkan penyelarasan agar kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah semalam tidak berulang kembali.
“Selama ini kita telah ada dasar pendidikan Sekolah tahfiz yang dikemukakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tapi ia tak dilaksanakan sepenuhnya.
“Ini kerana Jakim hanya ada kuasa penyelarasan, manakala kuasa penguatkuasaan dan pelaksanaan di bawah majlis agama Islam dan jabatan agama negeri," katanya kepada pemberita selepas program Transformasi Nasional 50 (TN50) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau merujuk Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang mula dirangka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2016 dengan tujuan utamanya memperkasa institusi itu.
Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan persekutuan berhasrat untuk mengambil alih sekolah tahfiz dan SAR di seluruh negara.
Susulan tragedi semalam, Zahid menggesa JAKIM menjadikan soal penyelarasan tahfiz dan SAR sebagai agenda "dalam mesyuarat khas akan datang".
Kebakaran awal pagi semalam yang meragut mengorbankan 23 nyawa merupakan tragedi kedua terburuk, selepas kebakaran di asrama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah di Kedah pada 1989 yang mengorbankan 27 nyawa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment