Write For Us

Khazanah, KWSP tidak setuju Maju Holdings ambil alih PLUS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Dua pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd (PLUS) iaitu Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bersetuju dengan tawaran syarikat Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) untuk mengambil alih PLUS.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pandangan pemegang saham utama diambil kira dalam menentukan tawaran sesuatu pengambilalihan.
“Pemegang saham utama di sini ialah Khazanah dan KWSP dan buat masa ini, mereka tidak setuju.
“Keputusan awal tentu berpandukan pandangan dan keputusan dibuat oleh syor KWSP dan Khazanah. Itu adalah keputusan buat masa ini tetapi tentu kita akan berpandukan kepada apa yang diputuskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Lim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar The Edge mengenai dakwaan beliau menjadi ‘penghalang’ bagi Maju Holdings untuk mengambil alih PLUS.
Bagaimanapun, beliau berkata akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Maju Holdings bagi perbincangan lanjut.
“Saya akan jumpa pihak Maju Holdings untuk lihat, kerana kononnya ada tawaran baharu lagi yang dikatakan lain daripada yang asal,” katanya.
Maju Holdings yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilapor pernah membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS pada 2017.
Kementerian Kewangan ketika itu berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan pegangan dalam PLUS kepada Maju Holdings dan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambilalihan korporat tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment