Atas faktor cuaca sejuk, finalis anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri mengambil keputusan tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi esok.
Harian Metro melaporkan pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu berkata dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.
Sebelum ini, Faiz berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional yang ditaja oleh beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu di mana bakal ditonton oleh peminat bola sepak seluruh dunia.
Penganjur Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini sudah memberi kebenaran kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Penyerang Pulau Pinang itu melakar sejarah tersendiri selepas jaringannya ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.
Sepakan percuma yang dikatakan melanggar 'hukum fizik' apabila melencong menerjah ke gawang dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela).
Andai menang anugerah yang diperkenalkan pada 2009 itu, Faiz berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment