Write For Us

Kerana hadir BERSIH 5, Mahfuz sedia tindakan disiplin dari PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau bersedia dengan sebarang tindakan oleh parti ekoran kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.
Menurut Mahfuz, beliau bersedia menerima tindakan daripada parti kerana berpendapat kehadirannya pada perhimpunan tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
"Bersedia terima (sebarang tindakan).
"Terserah pada Jawatankuasa Disiplin. Itu terpulang pada parti untuk lihat ini satu kesalahan atau tidak.
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyertai perhimpunan BERSIH 5.
Menurut Abdul Hadi, sekiranya menerima aduan dan terbukti anggota parti berkenaan hadir pada perhimpunan tersebut, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment